Apr 19, 2025 - FASPerlawanan penutup saingan Liga Super 2024/25 di antara Selangor FC dan PDRM FC akan berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada jam 8:15 malam.
Ini merupakan pertemuan ke-34 di antara #SFCPDRM. Gergasi Merah telah memenangi 19 perlawanan dan 10 seri. Selain itu, 87 jaringan gol telah terhasil daripada bertemu Sang Saka Biru.
Katsuhito Kinoshi, Ketua Jurulatih Selangor FC, tahu pasukan Terengganu FC mahukan kemenangan terkahir musim ini.
“Kita sudah berdepan dengan mereka untuk beberapa perlawanan tahun ini termasuk Challenge Cup 2024/25, jadi jelas bahawa kedua-dua pasukan mengetahui kekuatan dan kelemahan masing-masing. Nak lagi ini adalah perlawanan terakhir bagi musim ini, mereka mahu menang dan begitu juga kita. Saya percaya malam ini akan menjadi perlawanan yang sukar. Walau bagaimanapun, kita perlu terus berikan persembahan yang terbaik seperti yang kita selalu lakukan. Semoga kita akan mendapat pengakhiran yang manis untuk musim ini.” jelas Kinoshi.
Bagi keberadaan pemain, Noor Al-Rawabdeh telah melepasi bulan kedua pemulihan selepas mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) dan Ali Olwan pula mengalami kecederaan di bahagian lutut. Selain daripada beliau, pemain-pemain Gergasi Merah yang lain bersedia untuk diturunkan pada malam ini.
Pihak pengurusan berharap pasukan dapat berikan yang terbaik untuk perlawanan penutup musim ini. Ayuh, akhiri kenangan musim ini dengan kemanisan kemenangan.
Demi Kebanggaan!